Pengenalan kepada Air
Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk
cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada
permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
- Ais (pepejal)
- Air (cecair)
- Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap
ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga
kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan
dalam bentuk pepejal (ais dan salji).
Comments
Post a Comment