Akta-Akta yang berkaitan dengan Kualiti Alam (termasuk Air)

Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998 (1998:54), Akta Kualiti Aalam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah instrument perundangan pertama untuk mencegah dan mengawal pencemaran dan pembaikan kualiti alam sekeliling. Hanya setelah Akta Kualiti Alam Sekeliling digubal dalam tahun 1974 dan sebuah agensi penguatkuasa ditubuhkan yang mana kini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar, barulah pengurusan alam sekitar di Malaysia mengambil bentuk formal dan berstruktur seperti hari ini.

Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar berkaitan pencemaran air ialah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Buangan Terjadual 2005), PPKAS (Effluen) 2009, PPKAS (Kumbahan) 2009, PPKAS (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Tanah Kambus) 2009 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987. Antara peraturan-peraturan berkaitan pencemaran air dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 ialah Akta 127, seksyen 25 dan seksyen 27 serta Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 - untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri (selain dari kilang getah dan kelapa sawit).


Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)

Seksyen 25 : Sekatan mengenai pencemaran perairan daratan.

(1) melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh mengeluarkan, melepaskan atau meletakan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana-mana perairan daratan dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.
(2) tanpa menghadkan keluasan seksyen-kecil (1) seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar, melepaskan atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika-
a) ia meletakan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau
sesuatu tempat di mana buangan itu boleh mesuk dalam mana-mana perairan.
b) ianya meletakan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan dimana buangan itu
jatuh, turun, mengalir, sejat, dihanyutkan, ditiup atau meresap ke dalam mana-mana
perairan atau dengan ketahuinya atau oleh sebab kecuaiannya, sama ada secara
langsung atau tidk langsung, menyebab atau membenarkan apa-apa buangan
diletakan dalam sesuatu keadaan seperti itu ; atau
c) ianya menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik atau turun
(3) seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau penbjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaiakn kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengkehendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.

Seksyen 27 : Melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang

(1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika ia telah diberi lesen, melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan malaysia dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.
(2) Seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

(sumber: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah, 1997:19)
6.2 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-efluen
Perindustrian)

Terdapat enam (VII) bahagian dan 24 peraturan di bawah akta ini berkaitan kumbahan dan efluen-efluen perindustrian. Berikut adalah senarai bahagian dan peraturan akta ini dengan fokus huraian terhadap bahagian dan seksyen yang penting berkaitan pencemaran air.

BAHAGIAN I
Permulaan

Seksyen 3 : Pemakaian
Peraturan ini hendaklah dipakai bagi pelepasan effluent ke dalam mana-mana pengairan daratan, selain daripada pelepasan effluent-effluen daripada premis yang ditetapkan atau premis lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau kedua-duanya.

BAHAGIAN III
Syarat-Syarat Pelepasan Ke Dalam Pengairan Daratan Yang Boleh Diterima

Seksyen 6 : Buangan effluen yang mengandungi bahan-bahan tertentu adalah dilarang
Tidak seseorang boleh melepaskan atau menyebab atau membenar dilepaskan apa-apa bahan berikut ke dalam mana-mana pengairan daratan:
(1) Apa-apa pelarut yang mudah menyala
(2) Apa-apa tar atau cecair lain yang tak larut bercampur dengan air
(3) Hampas, sampah, habuk gergaji, balak, buangan binatang atau manusia atau jirim-jirim pepejal.

BAHAGIAN IV
Pelepasan Effluen Dan Keladak Ke Atas Tanah

Seksyen 9 : Sekatan-sekatan ke atas pelepasan effluen
Tiada seorang boleh melepaskan atau menyebabkan atau membenar dilepaskan apa-apa effluent ke dalam atau ke atas mana-mana tanah atau permukaan mana-mana tanah tanpa mendapat kebenaran bertulis yterlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

BAHAGIAN VI
Pelbagai

Seksyen 17 : Pencairan effluent
Tiada seseorangt boleh mencairkan, atau menyebabkan atau membenar dicairkan, mana-mana effluent, sam ada mentah atau dipulih pada bila-bila masa atau pada mana-mana takat selepas ianya dikeluarkan di mana-mana premis melainkan suatu kelulusan bertulis terlebih dahulu telah didapati dari Ketua Pengarah untuk pencairan itu dan pencairan adalah dibuat mengikut had-had dan syarat-syarat kelulusan itu.
Seksyen 18 : Tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja
(1) Jika terjadi apa-apa tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja bahan-bahan yang dinyatakan dalam perkara 8 yang sama ada masuk atau mungkin dapat masuk secara langsung atau secara tak langsung ke dalam mana-mana pengairan daratan, orang atau orang-orang yang bertanggungjawab di atas kejadian itu hendaklah dengan serta merta memberitahu Ketua Pengarah mengenai kejadian itu.

(sumber: Akta Kualiti alam Sekeliling dan Peraturan-peraturan, 2008:58-66).



Comments

Popular Posts