Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air yang berlaku boleh memberikan kesan terhadap manusia dan kehidupan lain. Kesan pencemaran air yang berlaku kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Sebagai contoh, kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku terhadap manusia ialah anomalia iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Oleh itu, air yang tercemar adalah berbahaya terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain.

Selain itu, pencemaran air ini juga memberi kesan kepada organisma laut di perairan cetek akibat daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Di samping itu, tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air akan mati dengan tumpahan minyak akibat daripada pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Maka, air yang tercemar adalah berbahaya dan menghalang hidupan akuatik. Justeru itu, sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia. Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali. Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya. Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.



Comments

  1. pencemaran air buka kata menjejaskan kehidupan laut, malah kita juga sebagai salah seorang pengguna

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts