Kepentingan Sungai sebagai sumber Air

Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar. Masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun dari segi politik.

Antara kepentingan sungai yang utama adalah membekalkan sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan domestik. Jika dahulu masyarakat menggunakan air sungai untuk membasuh, memasak atau mandi, kini fungsi tersebut masih berkekalan. Bezanya, hari ini bekalan air dari sungai-sungai disalurkan ke tempat kediaman dengan mengunakan saluran paip demi memudahkan kehidupan kita seharian. Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar tidak perlu lagi meredah semak-samun atau hutan belantara bagi mendapatkan bekalan air sungai untuk kegunaan harian. Di kawasan Lembah Kelang umpamanya, Syarikat Bekalan Air Selangor telah dipertanggungjawabkan bagi pengurusan sumber air di sekitar kawasan terbabit. Usaha-usaha membina empangan air dan proses penapisan dan merawat air dari beberapa batang sungai di Lembah Kelang telah dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini demi memastikan bekalan air yang diterima oleh masyarakat berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Memandangkan sungai penting dalam kegunaan harian kita maka masyarakat perlu berganding bahu bagi memastikan kebersihan sungai perlu dipertingkatkan.

Pada masa yang sama sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang subur apabila berlaku banjir. Aliran sungai di kawasan hilir selalunya membawa bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Tanah-tanih di kawasan lembah sungai ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian utama khususnya bagi tanaman padi. Di lembah Sungai Muda dan Sungai Kerian umpamanya, keadaan tanahnya yang subur telah menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tanaman padi yang utama di Malaysia. Tidak hairanlah jika kawasan berhampiran dengan sungai sering menjadi tumpuan penduduk dan membentuk petempatan yang padat kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Apabila zaman berubah, kawasan pinggir sungai dimajukan sehingga membentuk sebuah bandar seperti Kuala Lumpur, yang lazimnya menjadi pusat pentadbiran bagi kawasan tersebut. Oleh yang demikian, pergantungan manusia pada sungai secara semula jadi masih berterusan demi memastikan kawasan sumber makanan utama kita terus terpelihara.

Jika kita menoleh ke belakang lalu merenung sejenak sejarah tamadun awal manusia di dunia, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai. Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan tamadun manusia di Lembah Sungai Nil dan Lembah Sungai Indus kerana sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api serta pengangkutan udara, menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangklutan manusia menjadi begitu dominen bak kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Hari ini, kebanyakan kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai sistem pengangkutan utama. Penduduk di kawasan pedalaman bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain atau memasarkan hasil keluaran mereka dengan menggunakan laluan sungai. Di Sabah pula, sungai-sungai digunakan untuk menghanyutkan kayu balak kerana kos pengangkutan bahan sumber asli ini dapat dikurangkan jika diangkut dengan menggunakan kaedah tradisional tersebut. Jelasnya, pergantungan manusia pada sungai sebagai jalan pengangkutan masih terus berlaku biarpun kehidupan telah berubah.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai amat penting kerana berfungsi sebagai kawasan habitat semula jadi hidupan akuatik seperti ikan dan udang. Kewujudan hidupan tersebut dapat membantu mengekalkan ekosistem alam sekitar dan mengekalkan rantaian makanan semulajadi. Jadi tidaklah menghairankan jika sungai-sungai juga dapat menyediakan bekalan sumber protein yang murah kepada manusia. Di Sungai Pahang umpamanya, nelayan-nelayan pedalaman yang terdiri daripada petani-petani menggunakan jaring dan jala untuk mendapatkan bekalan ikan air tawar seperti ikan patin, sebarau dan kelah. Di Sungai Perak pula, bekalan udang galah dapat diperoleh dengan mudah sebelum dipasarkan dengan harga yang tinggi kepada penduduk terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelasnya, pada hari ini sungai masih penting kerana selain dapat membekalkan ikan air tawar, sungai juga menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan kepada penduduk di luar bandar khususnya kepada para petani.

Selain itu, sungai-sungai di negara kita amat diperlukan untuk menghasilkan sumber tenaga elektik kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air yang mencukupi untuk menghasilkan sumber hidro elektrik. Perkembangan teknologi telah dapat meningkatkan kegunaan sungai sebagai sumber tenaga hidro yang dilihat lebih murah dan selamat untuk digunakan berbanding dengan penggunaan sumber arang batu, petroleum mahupun sumber tenaga nuklear. Untuk menghasilkan bekalan hidro elektrik, empangan akan dibina merentasi sungai seperti Empangan Kenyir dan Empangan Pedu. Seterusnya, tenaga elektrik dari kawasan empangan tersebut akan disalurkan ke kawasan petempatan atau ke kawasan perindustrian. Berbanding dengan penggunaan arang batu dan petroleum yang banyak menyebabkan pencemaran, tenaga hidro elektrik adalah lebih bersih serta tidak mengakibatkan pencemaran malah kos untuk menghasilkan sumber ini jauh lebih rendah. Memandangkan bekalan arang batu yang hampir pupus dan harga petroleum yang semakin meningkat dengan mendadak, maka fungsi sungai untuk membekalkan sumber tenaga elektrik kepada manusia semakin diperlukan.

Sudah terang lagi bersuluh, tidak seronok rasanya apabila kita berkunjung ke sesebuah kawasan rekreasi apabila kawasan tersebut tidak dilengkapi dengan sebatang sungai yang bersih, jernih dan berair sejuk. Hutan-hutan lipur yang mempunyai kemudahan sungai kini menjadi tumpuan masyarakat khususnya para pelancong. Di sinilah kita dapat berseronok dan mandi-manda sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Di kawasan sungai ini juga kita dapat merehatkan badan, berhibur sambil mencari ketenangan lantas melupakan segala tekanan yang kita tempuh di sepanjang perjalanan hidup kita seharian. Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun serta jeram yang berair deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah. Pelbagai aktiviti seperti berkayak mahupun sekadar berkelah di pinggiran sungai, dapat dilakukan pada setiap hujung minggu. Tuntasnya, sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing. Secara tidak langsung kewujudan sungai-sungai di negara kita telah dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Sementara itu jika dilihat dari sudut politik dan pentadbiran di sesebuah negara, selalunya sungai-sungai berfungsi sebagai sempadan pentadbiran antara dua kuasa yang berlainan. Di Malaysia umpamanya, Sungai Kesang menjadi sempadan di antara negeri Melaka dengan negeri Johor. Di bahagian timur Semenanjung Malaysia pula, Sungai Golok menjadi sempadan pentadbiran di antara Malaysia dengan Thailand. Hal ini timbul sejak zaman lampau memandangkan sungai memisahkan dua buah kawasan tanah lapang yang mudah dikenal pasti dan diingati oleh masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut. Hingga ke hari ini, fungsi sungai dari sudut politik dan pentadbiran masih berkekalan dan terdapat di mana-mana juga negara di seluruh dunia.

Intihanya, sungai merupakan ciptaan-Nya yang amat penting kerana banyak memberi kemaslahatan dalam kehidupan harian manusia. Oleh yang demikian, orang ramai perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pihak berwajib bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai kita agar dapat kita wariskan kepada generasi kita yang akan datang. Usaha memelihara keindahan sungai perlu sentiasa berterusan dan menjadi tanggungjawab semua pihak bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sikap sambil lewa atau sikap suka lepas tangan dalam usaha memelihara kebersihan sungai harus kita jauhi sebelum nasi menjadi bubur. Segala-galanya terletak di tangan kita, tepuk dada tanya selera.

Comments

  1. lol ini you copy from scribd right?

    ReplyDelete
  2. Buleh ambek sikit isi ni. Buat keje khusus tentang sungai😂

    ReplyDelete
  3. terbaikk boss...malu saya nak tiru

    ReplyDelete
  4. izinkan saya meniru ya sikit2 je

    ReplyDelete
  5. 建议以后只放重点, 不要这么长篇大论的, 谢谢.

    ReplyDelete
  6. Eee tq aa membatu tul 🥺

    ReplyDelete
  7. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts