Langkah Mengatasi Pencemaran Sungai

Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan Maha Esa, merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab, maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar seperti yang dapat kita lihat di Sungai Kelang, Sungai Gombak dan Sungai Skudai di Johor. Sesungguhnya, kemusnahan sungai yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini perlu segera diatasi kerana memberi impak yang terlalu besar dalam semua aspek kehidupan seharian kita.

1. melalui pendidikan alam sekitar pada peringkat kanak-kanak:
- dijalankan disekolah
- melalui mata pelajaran sivik, moral, pendidikan Islam, geografi
- menanam rasa cinta kepada sungai kita – melentur buluh biar dari rebungnya.
- mengadakan program / kelab alam sekitar
- mengadakan usaha amal membersihkan sungai berhampiran sekolah
- ceramah tentang kepentingan sungai

2. melalui kempen pihak kerajaan:
- boleh dijalankan di media massa spt tv/ akhbar/ majalah
- untuk menyedarkan kepentingan memelihara sungai
- menimbulkan rasa cinta pada sungai – jangan sudah terhantuk beru terngadah
- contoh : kempen cintai sungai kita
- sambutan kempen amat menggalakkan
- menjalankan aktiviti membersihkan sungai secara bergotong-royong
- mengadakan kempen Hari Sungai Sedunia

3. menguatkuasakan undang-undang
- perlu mengubal akta alam sekitar untuk mencegah kemusnahan sungai
- akta bertujuan mencegah pencemaran – perlu segera sebelum nasi menjadi bubur
- menguatkuasakan pelaksanaan akta supaya mencegah orang ramai membuang sampah di sungai
- denda perlu ditingkatkan serta mengenakan hukuman penjara kepada pesalah
- dapat dijadikan teladan kepada orang ramai supaya tidak mencemarkan sungai
- pemilik kilang perlu didakwa di mahkamah atau menyenaraihitamkan kilang yg cemarkan sungai
- menarik lesen pembalak yang menyebabkan pencemaran sungai
- menghentikan usaha menyedut pasir di kawasan sungai

4. menghijaukan kawasan berhampiran sungai
- perlu menanam pokok di kawasan sungai utu mengelakkan hakisan tanah di bawa ke sungai
- akar tumbuhan dapat mencengkam tanah daripada dibawa ke sungai
- hutan yang ditebang perlu ditanam semula – supaya bekalan air ke sungai tidak terjejas
- hutan perlu dipelihara kerana hutan ialah kawasan tadahan air untuk sungai
- di kawasan bandar perlu dibina lebih banyak taman utk banyakkan tumbuhan hijau
- menggalakkan penduduk bandar bergotong-royong membersihkan sungai

5. memulihara semula sungai tercemar:
- mendalamkan semula sungai – dengan cara mengorek mendapan
- di KL usaha dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan jabatan saliran dan perparitan
- memerlukan kos yang tinggi
- menyimen tebing sungai utk mengelakkan hakisan sungai yang memusnahkan sungai
- membina sangkar batu di tebing sungai untuk mengelakkan hakisan sungai.
- memasang perangkap sampah di hilir sungai – supaya sungai dapat dibersihkan – cth : sungai kelang memerangkap sehingga 2 tan sampah sehari melalui usaha ini
- perlu dilakukan secara berterusan

6. menjadikan sungai sebagai kawasan tarikan pelancong:
- dimulakan dengan kerja membersih dan mendalamkan sungai
- membiakkan hidupan akuatik spt ikan utk memelihara dan memulihkan semula ekosistem sungai
- menyediakan kemudahan awam di kawasan sungai – contoh perahu, bot
- contoh sungai Melaka – dibaikpulih dengan belanja RM80 juta sebagai kawasan pelancongan
- dilengkapi restoran terapung
- dapat menanamkan kesedaran memelihara sungai dan mencintai sungai
- menjadikan sungai sebagai khazanah warisan negara – supaya timbul rasa cinta akan sungai
- usaha memerlukan kerjasama semua pihak

Intihanya, kemusnahan dan pencemaran sungai memberi implikasi yang amat besar dalam kehidupan kita. Namun disebabkan sikap kita yang terlalu alfa dan kerap terleka, masalah pencemaran sungai menjadi semakin meruncing. Kita tidak sepatutnya menyerahkan tugas menjaga sungai kita hanya kepada pihak yang bertanggungjawab sedangkan kita hanya tahu mengambil sikap lepas tangan sambil menuding jari menyarahkan pihak lain sekiranya masalah pencemaran tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlu mengukuhkan ikatan dan bekerjasama bagi memelihara sungai kita tanpa perlu menoleh ke belakang sebaliknya mengatasi masalah tersebut secara bermaufakat kerana maufakat membawa berkat. Tiada siapa yang mampu membantu kita jika bekalan air yang menjadi tunjang kehidupan kita itu pupus suatu hari nanti, kecuali diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Comments

  1. 这个对我来讲是有一点点的好

    ReplyDelete
    Replies
    1. i don't understand. saya kena belajar bahasa cina nie.

      Delete
    2. maksudnya ini bermanfaat kepada saya

      Delete
  2. thank you.ini akan dapat membantu saya membuat kerja kursus geografi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. It will help me for my final exam

    ReplyDelete
  5. Tq, ini dapat membantu saya untuk karangan bm nanti

    ReplyDelete
  6. Terima kasih harap2 ni dpt membantu saya dlm spm

    ReplyDelete
  7. Ini dapat membantu saya buat kerja geografi

    ReplyDelete
  8. sangat membantu saya dalam push rank ...road to myhtic

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum saya pelajar dari SMK Tunku Bendahara minta izin untuk copy karangan ini. Saya minta halalkan dan terima kasih

    ReplyDelete
  10. I really like this karangan

    ReplyDelete
  11. that is very good ini boleh membantu saya membuat krja lapangan geografi

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. very good..it helps me to get mythical glory..TYVM

      Delete
    2. very good..it helps me to get mythical glory..TYVM

      Delete
  13. Thanks, i can translate everything on this site, so i can understand what it meant

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts