Ciri-ciri Air
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud
setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.
Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan
merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan
mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai
elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas
H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen)
pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan
molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom
oksigen pada sudut 104.45 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan
molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di
sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan
persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi
persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan
yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan
untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan
tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi
daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak
memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang
kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut
bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian
jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap
masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan
oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan
disebabkan oleh keupayaan melarut ini.
Comments
Post a Comment